Aku hanya manusia biasa dicipyaNYA sebagai hamba juga khalifah di dunia ini.
aku gemar meluahkan segalanya pada lembaran kertas sedari aku pandai mengenal huruf.
Time itu 'marah' jadi 'mawah' pun, aku tetap menulis.
hahaha...
Usia mencecah belasan tahun, aku makin gler menulis.Cerpen-cerpen yang tak betul tatabahasanya menjadi tatapan aku time aku bosan.Simpan sorang2 sebab malu nak tunjukkan pada umum.Segalanya menjadi koleksi peribadiku sehingga mencecah usia 16 tahun.Sedikit keberanianku, menyebabkan satu karya kecilku tersiar dalam majalah URTV dam MEDIA HIBURAN waktu itu.
Usia 16 tahun itu juga mencipta berbagai memori manis, pahit, masam, masin dan berjuta rasa lagi...
Akhirnya...sepuluh tahun pun berlalu dari karya terakhirku tersiar.Aku pendam minatku dek kerana kekangan waktu dan jadual peribadiku menyebabkan aku tidak punya waktu untuk 'berkarya syok sendiri'.
Aku conteng di mana sahaja bila berkesempatan.
Marahkan sesape, aku conteng.
Sayangkan sesape, aku conteng.
Rindukan sesape, pun aku conteng!
Hahahadoiyaiii...
Janji lepas gian :p
Kemudian, laman buka buku, mengembalikan impianku yang terperosok itu.
Kulakari apa jua yang kurasai sebagai tatapan umum sahabat-sahabat muka bukuku.
Dari sajak-sajak kecil, pantun-pantun mahupun syair, kutintakan di muka buku.
Dan akhirnya, aku mencipta 'Pelangi Jiwa Ini, ala-ala Blog Syok Sendiri' aku, sebagai tempat kusimpankan segala karya-karya kecilku.Memory lappy aku pun dah nak penuh sebab terlalu banyak yang aku save...
hahaha...
Terima kasih Ya Rabbi, kerana KAU sentiasa memberikankan ilham biarpun waktu sentiasa menghimpitku...
Syukran, Thank You, Gracias, Sawadikap, Syukriya, Toce-toce, Salamat, Nandri, Cezutanbade, Terima kasih....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan