Rabu, 27 Mei 2015

Assalamualaikum...

lama tidak menjengah, lama tidak 'mengupdate',
sekadar menyimpan segala catatan juga karya dalam satu folder di cik lappy sahaja.
kenapa? Masa yang sentiasa mencemburui, atau kegagalan dalam mengatur waktu sendiri? Hurmmm... Tepuk dada tanya iman...

Benar sekali firman Allah dalam Al-QURAN,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh."

Dan sesungguhnya, itulah yang terjadi. Tak malu mengakui, kerana kegagalan pengaturan waktu membuatkan segalanya bercelaru.
Dan kehadiran, Nanti... Nanti.. Nanti...
menyebabkan segalanya tak teratur!

Sekian lama perkataan 'nanti' meniti di bibir, Alhamdulillah,
awal pagi ini tercoret jua apa yang tersimpan di ruang kecil kamar minda.
Berhabuk, berdebu, malahan mungkin berkarat kerana begitu lama disimpan,
namun tertinta jua di sini...


Bermuhasabah diri tatkala jemari ligat menekan huruf-huruf di dada cik lappy, kerana tinta ini sebenarnya luahan bisu tanpa suara. Huh, manusia, kesal pasti akan hadir setelah terlajak, dan kekesalan memenuhi hati kerana kealpaan dalam mengaturi waktu yang semakin pantas meninggalkan.

Usia semakin bertambah. Pendek kata, tak mustahil subsidi umur semakin berkurang,
namun sikap tak juga berubah!
Bukan tak tahu, tapi sengaja buat tak tahu!

Adeehhhh!
Rasanya dah puas memarahi diri sendiri, maka tugas yang tergendala tadi,
yakni mengupload coretan sepanjang hampir setengah tahun terbiar dalam cik lappy bakal bersambung.

Semoga coretan ini menjadi ingatan pada diri,
agar tidak alpa lagi dalam mengaturi waktu.
Terselit harapan kecil, andai ada yang terbaca, jadikan coretan ini sebagai pesanan dari teman atau saudara seagama.
Masa tidak menanti kita, namun kitalah yang mesti mengaturi masa...

~TIADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN DENGAN IZINMU, YA ALLAH...~

~vivianurazura~
28/05/15 00:46am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan