Indah bukan gambar ini? Kredit kepada si tukang snap...(Tak tawu namanya sebab amik kat google jek) hihihi
Inilah Cebu City, antara bandar yang menjadi tarikan di Manila, Filiphina...
Sewaktu menyiapkan Arianna Anabella, terasa diri bagaikan telah memijak bumi bekas jajahan Sepanyol ini. Blog demi blog yang dilawati untuk mencari maklumat, membuatkan hati sentiasa teringat dengan bandar ini...
Mungkin ada yang berkata, Malaysia pun apa kurangnya, namun jauh pandangan luas pandangan bukan?
Kalau diberikan list tempat yang ingin dijejakan kaki, pasti Manila tersenarai.
"Gayunpaman maligayang
pagdating sa Maynila..." bahasa Tagalog yang bermaksud selamat datang ke Manila ini telah terhafal sepanjang setahun lebih ini. Jauh di sudut hati, ingin sekali mempelajari Bahasa Tagalog, Bahasa Kebangsaan negara ini, namun... rasanya faktor usia pasti membataskan segalanya. Habis kismis minda di pasaran kalau nak mula menghafal kembali!
So... bisik pada diri, teruskan berusaha, kumpul apa yang patut and...fly to that city. Hope... one day, akan ada picture-picture yang dikongsikan di sini, picture yang di snap sewaktu kaki berdiri di bumi Manila dan langit Filiphina menjadi payung. Insya-Allah...
~Vivianuzaura... Manjadda Wajadda~





