Rabu, 27 Mei 2015

~DALAM KENANGAN~


Terleka seketika dek arus permodenan,
juga dengan kerancakkan perjalanan kehidupan,
perbagai dan pelbagai kemudahan,
tanpa sedar membuat diri semakin alpa,
kerna kemudahan itu bisa menghadirkan ketawa ria,
kerna mampu sampai ke awan dengan si burung besi,
kerna bisa menjejak seantero dunia andai poket berisi,
sehinggakan terlupa dengan fitrah hakiki,
yakni setiap yang berjiwa pasti merasai mati!

namun...
tatkala perginya beratus jiwa dalam sebuah tragedi
mulalah si polan-si polan menunding jari
bercakaran, berteriakan mencari salah sendiri
tanpa sedar membuka aib diri.

Mengapa mesti terlupa,
mengapakah mesti menjadi alpa?
untuk apa mencari salah siapa,
andai akal menujang segala?

Kembalilah kepada Si Pencipta,
kerana ada kemanisan seandainya direnungi semua
ada hikmah yang terselindung
di sebalik kabus dan juga mendung
akan ada satu jawapan
kerana soalan telah diutarakan.

Muhasabahlah diri
sisipkanlah doa di sudut hati
DIA tidak pernah tersalah pengaturan,
cuma hambaNYA tersalah tindakan.

Redhai apa yang terjadi
pasakkan ikhtibar di dalam diri
agar tidak terulang kembali
tragedi hitam seperti ini.

Sampaikan takziah,
kirimkanlah Al-Fatihah,
semoga mereka 'yang pergi' itu tenang,
kerana kita juga 'kan ikut bertandang,
tatkala 'saat itu' menjelang...

Mereka-mereka itu, kekal dalam kenangan...


21/05/15 2:00 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan