Deretan derita mendatangi
Ditelan penuh kesakitan
tidak mampu dikulum
Tidak
mampu diluahkan
Tidak
juga terzahir dalam bicara
Kerana
wajah sering dihiasi tawa ceria
Kerna
senyuman sering bertamu
Seiring
lidah yang tidak pernah kelu
Mengungkap
kata seolah gembira di hadapan semua.
Waima...
Saat
bersendirian,
Pasti
akan ada kehadiran
Titisan-titisan
jernih yang mengalir laju menuruni lurah pipi
Empangan
kelopak mata sentiasa pecah
lalu
melimpahlah ia tanpa dipinta-pinta
Tumpahnya
laksana ubat,
Seperti
merawati rasa sakit dan derita yang tersenbunyi di kamar sepi jiwa.
Titisan-titisan
itu,
Mengapakah
acapkali hadir sebagai peneman
Dan
ubat derita hati si Hawa?
Murah
benarkah harga air mata kerana sentiasa hadir tanpa dipinta?
Murahkah
ia kerana menjadi peneman sekeping hati yang lara?
Air
mata,
Mengapakah
seringkali menjadi peneman si Hawa?
Untuk
apa ia hadir seolah merawat
Dan
kemudiannya akan kembali bersembunyi
Berselindung
di sebalik senyuman tatkala tirai hipokrasi dilabuhkan?
Murahkah
ia kerana menabiri rasa sebenar yang bersarang di kamar jiwa?
Terlalu
murahkah nilainya
kerana
menjadikan si Hawa seorang pelakon di hadapan semua?
Murahkah
nilai si air mata?
Murahkah
ia?
~vivianurazura~
06/01/15
21.50 pm. Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan